WELCOME

SOALAN LAZIM

1. Bolehkah saya topup melalui internet?

Boleh, untuk topup serta menyemak transaksi melalui internet, sila ikut langkah di bawah.

a)-Request no tel & password yang telah diberi semasa berjaya daftar agent,
     JANGAN BERITAHU KEPADA SESIAPA PASSWORD ANDA!!!!
b)-Buka laman topup di : www.apreload.com
c)-Login dan tukar password anda serta-merta untuk mengelakkan penyalahgunaan.
d)-Berhati-hati, jangan lupa logout selepas anda menggunakan perkhidmatan ni.(risk on your own)
e)-Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian anda semasa menggunakan perkhidmatan ini.
f)-Anda mestilah ingat 8 digit Password topup internet anda.
g)-selamat maju jaya.

2. Pelanggan tidak menerima Topup?

Perkara ini terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan kami.

3. Topup lambat diterima oleh pelanggan?

Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

4. Perkara lain yang mungkin terjadi......

SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server kami.


SOALAN TERBARU SETAKAT INI


Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftaar?
Tidak perlu membeli kad SIM baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda sekarang untuk mendaftar.
ACCOUNT NO ANDA BERBEZA DENGAN MODAL ANDA, JADI ANDA TAK PERLU KELIRU JIKA TOPUPKAN ORANG,

Soalan 2: Adakah saya boleh menggunakan nombor telefon MNP (Nombor yang sudah ditukar servis ke telco lain)?
Anda tidak dibenarkan mendaftarkan nombor MNP / nombor yang sudah ditukar servis ke telco lain seperti asalnya nombor Maxis telah ditukar menjadi telco Celcom dan mendaftar di mana-mana server. Jika anda mendaftarkan nombor MNP, apreload bimbang ia akan merumitkan keadaan server untuk membaca data penghantaran anda ke server.

Soalan 3: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan komisen?
Tidak. Apreload hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti Nama, Negeri, No. Telefon dan pengesahan pembayaran sahaja. Komisen akan dibayar terus ke akaun modal topup anda, bukan ke akaun bank.

Soalan 4: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada dalam tempoh 24 jam?
Tidak boleh melakukan Nombor dan jumlah jualan yang sama dalam tempoh 24 jam.

Soalan 5: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkah ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, apreload dan pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.
Jika anda menghantar ke server tetapi tak berjaya, sila maklumkan kepada pengurus anda , ada kemungkinan modal anda akan dikembalikan.

Soalan 6: Adakah modal agent yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agent miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup.

Soalan 7: Adakah server topup beroperasi 24?
Ya. Server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Soalan 8: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 120 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses. Agent akan mendapat laporan transaksi sama ada transaksi berjaya atau gagal. Faktor- faktor kelewatan dan kegagalan mungkin berpunca atas beberapa sebab sama ada dari server atau pusat telco.

Soalan 9: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai XmxTopup Mobile?
Boleh tapi tidak digalakkan. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran  anda jika anda merupakan talian postpaid Celcom/Maxis/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga. Cuma membimbangkan akan cas SMS yang akan anda hantar ke server jauh  lebih tinggi kos berbanding jenis prepaid, yang mana prepaid dapat mengaktifkan nombor penjimatan seperti 8pax/activ10/Digi Friend dan sebagainya.

Soalan 10: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulanan/tahunan?
Yuran pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan mahupun tahunan. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila.

Soalan 11: Saya dah tambah modal, tapi saya tidak terima modal yang saya tambah selepas 12 jam, bagaimana?
Semak semula SMS yang anda hantar ke server. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul. Pastikan juga anda menambah modal ke akaun yang betul. Sila hubungi ADMIN jika anda mengalami masalah modal tak masuk.

Soalan 12: Saya berumur 13 tahun. Bolehkan saya menyertai XmxTopup Mobile?
Boleh, Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.

Soalan 13: Adakah saya akan dibekalkan dengan website untuk tujuan promosi?
Tidak.

Soalan 15: Adakah sistem topup easyreload ini dipercayai?
Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan apreload percaya mereka tidak tertipu. 100% keyakinan dan kepuasaan diberikan. Apreload tidak la mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Sebagai contoh, di luar anda membeli topup Celcom RM10 dan anda bayar RM10. Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM10 tapi hanya perlu bayar RM9.60. Sekurang-kurangnya berjimat. Apreload juga harap dapat membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda.


SELAMAT MENCUBA MENJADI AHLI AGENT TOPUP APRELOAD.
^_^



No comments:

Post a Comment